PENGENALAN :-
- Pergaulan bebas adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang dimana "bebas" yang dimaksudkan ialah melebihi batas-batas norma yang ada.
- Pengertian pergaulan bebas adalah merupakan proses interaksi antara individu dengan individu atau individu dengan kelompok.
- Perngertian bebas adalah terlepas dari kewajipan, aturan, tuntutan, nilai agama, dan nilai kesusilaan.
- Pengertian pergaulan bebas dari segi agama adalah proses bergaul dengan orang lain tetapi melepasi ikatan batasan pergaulan.
- Di dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud " hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul" memberi makna batas dalam pergaulan bebas.
FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS
Diri
Sendiri
Penyebab utama berlakunya
pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Lazimnya , perasaan ingin mencuba
di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang melakukan seks
bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja
terutamanya paling mudah terpegaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang
kurang sihat seperti dadah , mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang
menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian , jiwa mereka sering
memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama
ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja
terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak naluri yang
mahukan kebebasan , lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran.
Institusi
Keluarga
Keluarga merupakan sebuah
institusi social yang berperanan untuk mengembang dan membangunkan keturunan.
Dalam hal ini ibu bapa berperanan menjaga , melindungi , mendidik dan
membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun, institusi
keluarga hari ini dilihat gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam
membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan
peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar
dengan gaya hidup yang anak. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam member
perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus
dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing.
Akhirnya , berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah , bohsia ,
pelacuran , buang bayi , vandalisme dan sebagainya. Walau bagaimanapun ,
masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam
kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.
Rakan
Sebaya
Remaja cenderung mencari
teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting
bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk mendapatkan
identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku
temanya hanya supaya dia diterima oleh melompok tersebut. Pelbagai desakan yang
di terima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan
seseorang melakukan seks bebas. .
Masyarakat
Masyarakat merupakan
badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina suasana
persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab
melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan
kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada
masyarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga , ibu bapa ,
peniaga-peniaga atau ahli korporat , mereka semua tergolong dalam kelompok
masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik
kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang kononnya “tidak mahu menjaga
tepi kain orang” telah menyebabkan salah laki seks bebas meningkat. Walaupun
mereka melihat dengan mata sendir masyarakat sekeliling berkelakuan tidak sopan
, namun tiada ssebarang tindakan diambil sama ada menegur atau member nasihat.
Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa sahaja sekalipun dikhalayak ramai
kerana tiada siapa akan ambik peduli. Lebih-lebih lagi jika kurangnya semangat
dan budaya kejiranan , salah laku seks semakin sukar untuk dibendung.
Media
masa
Media masa turut
memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat. Walau
bagaimanapun , media masa hari ini member ruang yang terlalu luas kepada
unsure-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negative yang boleh
meruntuhkan peribadi masyarakat. Media masa elektronik umpamanya , banyak
menayangkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan
, berpelukan dan sebagainya yang boleh mempergaruhi kehidupan masyarakat
terutamanya remaja ke arah perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara
adegan tersebut dilakukan oleh orang islam yang bukan muhrim untuk memenuhi
tuntutan skrip bagi sesebuah filem. Tidak semua yang dipaparkan dalam media
masa itu memberikan pengajaran yang baik. Umpamanya , corak pergaulan remaja
yang jauh dari nilai-nilai ketimuran , cara berpakaian yang kurang sopan dan
gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan
menghairahkan dengan mudah terdapat di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak ,
cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah
diperolehi.
IMPLIKASI PERGAULAN BEBAS KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT, AGAMA DAN NEGARA.
Keruntuhan akhlak
Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana pelaku
seks bebas akan mengingkari ajaran agama. Mereka akan mengamalkan budaya
hendonisme iaitu budaya yang mementingkan keseronokan semata- mata dan merekan
tidak peduli akan ajaran-ajaran agama serta mereka tidak takut akan dosa.
Contohnya, salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan
kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di
negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakkan. Di antara tujuh orang pemuda
yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang tidak layak disebabkan mereka
leka dalam keseronokan seks. Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering
keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus
kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini juga boleh
menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada
berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.
Menjejaskan imej negara
Kegiatan seks banyak membawa implikasi yang negatif
antaranya adalah menjejaskan imej negara. Negara lain akan memandang rendah
terhadap kerajaan kita kera tidak berupaya menagani masalah sosial. Negara kita
akan dianggap sebagai negara yang lemah kerana tidak mampu untuk menagani
masalah sosial dan tanggapan bahawa pemimpin negara kita tidak akan
mengendalikan negara dengan baik. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada
pelancong negara jiran. Media massa juga menhebohkan perkara tersebut maka imej
negara terjejas. Para pelabur dari luar negara juga akan runtuh kerana tiadanya
pusingan wang asing masuk ke dalam ekonomi negara kita.
Menjejaskan masa depan
Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan remaja.
Masyarakat sukar menerima remaja sekiranya remaja tersebut insaf. Ini
menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan. Lebih buruk lagi mereka
disisihkan atau dibuang keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka dan
telah menconteng arang maruah keluarga. Kesannya mereka hidup dalam keadaan
terumbang ambing akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan tiada tempat
bergantung. Implikasi seterusnya adalah peningkatan kes pembuangan dan
pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikul
tanggungjawab yang berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi.
Tambahan pula, mereke juga berasa malu atas perbuatan mereka dan bimbang akan
masa depan tercemar dan memilih untuk pembuangan bayi kera mereka berfikiran
bahawa jika menggugurkan kandungan atau menbuang bayi, maka masalah mereka akan
selesai. Kehamilan luar nikah terutama dalam usia remaja akan menyukarkan hidup
remaja kerana mereka tiada sumber pendapatan tetapuntuk menyara anak tersebut.
Oleh itu, mereka memilih jalan singkat dengan menggugurkan kandungan mahupun
membuang bayi ke dalam lubang tandas, dalam tong sampah dan di dalam longkang.
Penyebaran penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh
hubungan bebas oleh lelaki dan wanita, tidak kiralah sama ada dari segi fizikal
mahupun mental. Antara penyakit tersebut adalah AIDS. Penyakit ini boleh
membawa maut dan ubat nya masih lagi belum ditemui sehingga ke hari ini. Selain
itu, orang yang mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk mendapat
penyakit seperti Hespes Genital, Siplis, Ganoroe, Klamida, Hipetitis B, Gwnital
Wrats dan kanser serviks. Penyakit-penyakit tersebut amat berbahaya kerana ia
boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat mudah
merebak dengan orang lain terutama sekali yang mengamalkan pergaulan bebas.
CARA PENYELESAIAN MASALAH BERDASARKAN ISLAM
- Menjadikan Rasulullah S.A.W "Sebagai Model" yang patut dicontohi.
- Peranan ibu bapa dengan menunjukkan contoh teladan yang baik
- Melaksanakan perintah " Amar Makruf Nahi Mungkar"
- Solat adalah pendinding diri seorang Muslim
RUMUSAN
- Kesimpulannya, pergaulan bebas dalam kalangan remaja kini banyak memberi keburukan berbanding kebaikan.
- Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.
- Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini.
- Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.
minta izin utk guna point kalian,
ReplyDelete